Isnin, 11 Jun 2012

CERITA MIMPI NABI TUAN GURU HAJI HADI AWANG

    • Untuk jawab soalan Tabligh-PAS
      ini, eloklah rujuk Ustaz Abdul
      Hadi Awang.
      Ana telah berpengalaman
      berjumpa dengan dua orang
      berkenaan masalah ini.
      1. Hafiz Hatta (pelajar Madrasah
      Kubang Bujuk, Terengganu)
      Dia bersama jama'ah Pakistan 4
      bulan diputuskan untuk keluar di
      Masjid Rusila, Terengganu.
      Setibanya di Masjid itu, Ustaz
      Abdul Hadi dan rakan2nya telah
      siap menunggu ketibaan jama'ah
      dan TGHH telah menjemput
      jama'ah ini untuk makan
      dirumahnya. Dia sempat bertanya
      jika ada ulama di dalam jama'ah
      agar mudah berbicara arab
      dengannya. TGHH banyak
      berbual dengan mu'alim jamaah
      itu. Selepas balik ke masjid,
      maulana itu menceritakan kepada
      ahli jama'ah yg TGHH telah
      bermimpi Rasulullah saw malam
      sebelum kedatangan jamaah itu.
      Badan Rasulullah saw separuh di
      dalam tanah dan Rasulullah saw
      mengatakan kepada TGHH
      bahawa jama'ah baginda akan
      datang dan menyuruh TGHH
      melayan jama'ah itu.
      2. Ustaz Jamaluddin (bekas
      pelajar Penanti)
      Ustaz telah bermuzakarah
      dengan jamaah di markaz PAS di
      Terengganu selepas Isya sampai
      hampir waktu Subuh. Orang2 PAS
      di markaz itu masih tidak
      berpuas. Lantas salah seorang
      dari jama'ah itu mengatakan agar
      mereka semua berjumpa dengan
      'POK CHIK' (gelaran TGHH).
      Mereka cuba menelefon TGHH
      tapi tiada jawaban, lantas Ustaz
      Jamaluddin memberi satu hadis
      yang jika seorang tanda mukmin
      ialah memuliakan tetamu. Maka
      mereka semua pergi ke rumah
      TGHH. Bila TGHH tahu masalah
      berkenaan ahli2 PAS yang tidak
      bersetuju dengan Tabligh, TGHH
      telah mengambil satu kitab dan
      membaca DALIL-DALIL Tabligh di
      hadapan mereka semua. Selepas
      itu, TGHH menasihatkan Ustaz
      Jamaluddin agar MENERUSKAN
      USAHA TABLIGH, DAN JANGAN
      LAYAN MEREKA-MEREKA YANG
      JAHIL INI (sambil merujuk kepada
      ahli2 PAS yang tidak bersetuju
      itu).
      Pengalaman Penulis Bersama
      Jemaah Tersebut:
      Pada tahun 1989/90 penulis
      tinggal di Ceras di kawasan Ceras
      Flat serta dilantik menjadi imam
      serta mengajar tajwid di salah
      satu surau di kawasan tersebut.
      Ianya adalah marhalah keempat
      penulis ketika tinggal di Kuala
      lumpur. Pada akhir 1989 Jemaah
      Pakistan tersebut sampai di
      tempat kami (Ceras) dan
      berusaha di sekitar kawasan
      tersebut selama satu minggu
      sebelum bertolak untuk keluar
      4bulan di Indonesia. Jemaah
      tersebut sebenarnya adalah
      jemaah satu tahun.
      Kebanyakannya adalah dari
      Peshawar, Pakistan. Selama
      seminggu di Ceras penulis,
      berkesempatan bersama jamaah
      berkenaan dan maulana yang di
      dalam jemaah tersebut cukup
      rapat dengan penulis berlebih lagi
      penulis berbahasa Arab dengan
      beliau bagi melancarkan bahasa
      Arab penulis. Penulis sering
      bersama maulana berkenaan
      untuk ‘khususi’ dan sebagainya.
      Jemaah ini satu jemaah yang
      cukup bagus yang pernah penulis
      ‘nusrah’. Satu hati, satu fikir serta
      kuat amalan istimai dan juga
      infiradi. Setiap malam yang
      penulis dapat pasti, hampir
      kesemua ahli jemaah akan bagun
      bertahajud sekitar jam 3.00 pagi.
      Tidak ada seorang pun yang
      tercicir. Dalam jemaah tersebut
      terdapat 5/6 orang muda dan
      boleh berbahasa Inggeris. Pernah
      penulis bertanya kepada mereka
      bagaimana tertib usaha di
      Peshawar (ketika itu bertebung
      dengan jihad di Afganistan) kata
      salah seorang ahli jemaah kepada
      penulis bahawa mereka ada tertib
      khusus yang di benarkan oleh
      Elders Nizamuddin iaitu 4bulan
      belajar madrasah, 4bulan berjihad
      di Afghanistan dan 4bulan keluar
      di Jalan Allah (keluar Tabligh).
      Bagi yang berkeluarga 4bulan
      belajar madrasah diganti dengan
      4bulan bersama keluarga.
      Jemaah mereka adalah jemaah
      satu tahun dan kedatangan
      mereka ke Malaysia adalah transit
      sementara untuk ke Indosesia
      selama 4bulan dan untuk
      mendapat visa di Malaysia untuk
      ke Saudi mengerjakan haji setelah
      pulang dari Indonesia. Setelah
      pulang jemaah ini berusaha di
      sekitar Terengganu untuk
      beberapa waktu dan akhir sekali
      kembali ke Ceras sebelum
      bertolak ke Saudi mengerjakan
      haji. Mereka terkesan dengan
      nusrah dari rakan seusaha di
      Ceras dan memutuskan kembali
      ke Ceras sebelum bertolak ke
      Saudi. Lagi sekali penulis dan
      rakan-rakan di Ceras nusrah
      jemaah ini. Namun kali ini cerita
      sensasi di atas menyebabkan
      ramai rakan-rakan seusaha di
      sekitar Kuala Lumpur datang
      menziarahi dan bertanya
      kebenaran mimpi TGHH.
      Penulis mengambil kesempatan
      bertanyakan hal berkenaan
      kepada maulana berkenaan.
      Ceritanya memang betul jemaah
      tersebut telah masuk untuk 3 hari
      di Masjid Rusila yang sebelum ini
      belum pernah Jemaah Tabligh
      masuk. Apatah lagi sekitar tahun
      1993 TGHH pernah berceramah
      yang ceramahnya agak keras
      menghentam jemaah. Sehingga
      ketika itu keset-kaset ceramah
      tersebut laris di jual di pasar
      malam dan juga di jual di
      hadapan masjid India pada tajuk
      “Jemaah Tabligh Dan
      Penyelewengannya” . Selepas di
      khususi, tajuk itu ditukar kepada
      “Jemaah Tabligh Dan Amalanya”.
      Kata maulana itu lagi bahawa
      beliau malu kerana bajunya agak
      berbau namun di peluk erat oleh
      TGHH. Begitu juga dengan ahli
      jemaah yang lain. Selama tiga hari
      di Masjid Rusila TGHH
      mengosongkan kuliah beliau dan
      membenarkan jemaah memberi
      bayan.Memang pun TGHH
      bermimpi Nabi saw sebagaimana
      cerita di atas.
      Selepas beberapa hari di Ceras
      jemaah tersebut berangkat ke
      Tanah Suci untuk mengerjakan
      haji. Tahun yang sama penulis
      beserta dengan abang dan rakan
      seusaha di kampong Kedah serta
      rakan seusaha di Kuala Lumpur
      telah dipileh oleh Allah swt untuk
      menegrjakan haji. Ketika berada
      di Tanah Suci sekali lagi penulis
      berjumpa dengan maulana
      berkenaan yang sedang memberi
      “dakwah infradi” kepada
      beberapa orang Arab di ruang
      legar Masjid Nabi saw. Patutlah
      jemaah ini menjadi asbab TGHH
      bermimpi Nabi saw kerana
      amalan mereka sememangnya
      “HEBAT”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan